Posts

Travel | New Zealand | North Island | Day 1 | Hobbiton Movie Set New Zealand

Image
Assalamualaikum & Happy Sunday semua...

Ingat tak sebelum ni aku ada bagitau nak buat pre-travelog tentang perjalanan aku ke New Zealand (NZ)? Ala... yang aku tulis kat sini EH! Terjah Bumi Kiwi,yuk!Okay, hari ni angin rajin tu datang dan aku update lah sikit tentang benda alah ni. 

Yang aku nak ceritakan ni tentang hari kedua kami ke tempat pertama di North Island, NZ. Apalagi tempat yang memakan belanja yang agak tinggi jugaklah untuk kos aktiviti kami di NZ. Tak lain dan tak bukan Hobbiton Movie Set! 
Pandangan aku tentang tempat ni? Tempat yang wajib pergi untuk peminat fanatik filem karya Sir Peter Jackson pengarah filem kelahiran New Zealand ini. Apa lagi kalau bukan filem Lord of The Ring dan The Hobbit. 

Tapi....
Kenal Bilbo?  Blur.
Shire?  Geleng.
Gandalf? Garu kepala.
Sah. Korang macam aku. Hahaha.

Kalau kau bukan peminat filem ni atau belum tengok filem ni lagi, kau akan rasa 2 situasi ni sama ada:
Terpinga-pinga sebab blur tak tau apa-apa tentang filem ni masa tour guid…

Kembang Semangkuk Petua Orang Lama

Image
Assalamualaikum & Salam hujung minggu dunia!



Lately badan aku ni kerap kurang sihat. Kejap-kejap demam. Kebah demam, batuk pula menyerang. Rawatan secara moden dah buat. Tetap macam tu jugak. On off batuknya. Siatem imun badan aku dah mula menurun nampak gayanya ni.
Jadi aku ambil inisiatif untuk buat rawatan alternatif. Cara dia mudah, cuma buat kat rumah je pun dah memadai. Yang penting bahan-bahan cukup.
Bahan apa? Waaah... nampak cam semacam je ayat aku tu kan. Macam nak menurun pulak. Takde maknanya. Yang aku maksudkan hanya dengan resepi herba traditional untuk legakan batuk & demam. 
Hanya guna dua bahan je. Biji kembang semangkuk & gula batu. Bahan alami je. Mudah dapat bahan-bahan tu. Dekat kedai atau kedai ubat herba pun boleh jumpa.


Banyak khasiat kembang semangkuk ni. Antara yang aku dapat info khasiatnya adalah :
Rawatan secara herba untuk kurangkan batuk terutama batuk kering.Rawatan herba untuk penyakit yang berkaitan paru-paru seperti asma & bronkitis.Me…

Pelancaran Buku | Buku 3 | Komplot Cerpen Setulus Janji

Image
Assalamualaikum & Happy Friday uols!


Aku jarang promote tentang buku-buku & karya yang telah aku hasilkan sepanjang penglibatan aku dalam bidang penulisan ni, kan? Sebabnya aku ni tersangatlah segan & malu sebab rasa macam banyak lagi yang aku perlu belajar untuk memantapkan karya aku.
Tapi...
Untuk menjadi seorang penulis yang berkaliber, perlulah bercerita tentang karya yang telah dihasilkan. Kalau tak, macamana lah pembaca-pembaca baru di luar sana nak kenal aku. Betul tak?
Lagipun, aku hanyalah seorang hamba Allah yang baru saja merangkak ke dunia ni. Jadi, lets introduce your product. Menulis dalam era sekarang ni bukan macam dahulu. Kalau dulu bolehlah harapkan penerbit untuk promote karya kita sebabnya penulis di Malaysia tidak ramai. Berbanding sekarang, dah macam cendawan tumbuh. Banyak persaingan.
Lagi-lagi dengan ekonomi yang kian meruncing ni, industri buku di Malaysia sedikit merudum. Bukan tak ada pembaca, ada. Banyak sebenarnya. Namun, dengan keadaan ekonomi…

Cerpen EH | Terpukau Seribu Rindu Teaser

Image
Assalamualaikum & Salam Jumaat hari yang berkah,

Kering dan lesu mataku
Bila ku renung matahari yang gerhana
Hilanglah punca dan arah
Untuk ku kembali menyulam keindahan
Tempias dijendela
Bagai memberitahu
Aku kehilangan mu
Oooo....yeeeh...

Lemah dan longlai langkahku
Bila ku kutip sisa cinta yang tertinggal
Masihkah ada kasihmu
Untukku kembali menggapai kebahagiaan

Desiran bayu senja
Sampaikan kepadanya
Hanya dia ku damba
OOO....yeeeh...

Tak ku sangka keghairahan
Memukau seribu rindu
Akhirnya ku tewas kerna nya
Maaf kanlah kekasih
Kesalahan diri ini
Membiarkan kau sendiri
Oh.... sayang


( Lagu : Bob Bawang - Lirik : Azam Dungun )

Lirikami : http://www.liriklagumuzika.com/2009/08/lirik-terpukau-seribu-rindu-slam.html#ixzz5ZcsyKlnr

Jeng..jeng..jeng!

Seperti yang dijanjikan, aku nak share sikit dekat sini teaser untuk cerpen Terpukau Seribu Rindu. Cerpen ni akan dimuatkan di dalam Kumpulan Cerpen EH.
Kenapa aku tepek sekali lirik lagu Terpukau Seribu Rindu nyanyian Kumpulan Slam ni? Sebabnya aku nak kome-…

Dunia Artis Zamani Slam 'Living Legend'

Image
Assalamualaikum & evening Uols!
Sebelum aku mulakan coretan kali ini, 1st of all aku nak ucapkan banyak-banyak terima kasih pada mereka-mereka yang terlibat dalam gambar-gambar yang aku sertakan di sini. Semua daripada akaun instagram yang aku dah creditkan bersama dalam gambar-gambar yang dikongsikan ni. Thanks ya, guys!

Gigih aku select gambar-gambar yang terbaik dari ladang buat tidur malam korang tak lena. Saje je aku buat camtu. Nak dera hati korang! Kahkahkah.
Memandangkan sekarang ni masing-masing tengah fenomena Zamani Ibrahim atau lebih famous dengan nama Zamani Slam, aku nak update sikitlah dalam blog aku ni tentang idola pujaan hatiku dalam bidang hiburan semenjak aku dibangku sekolah rendah lagi.


Aku membesar dengan lagu-lagu Slam & Zamani, tau! Waaah.. lama kan? Agak-agak umur aku ni berapa ye? Ops! Bak kata Tok Ti, Biarlah Rahsia! Hahaha.

Sememangnya aku ni DIE HARD FANS Zamani & Slam ni daripada awal kemunculan Slam lagi. Bukan semenjak Gegar Vaganza je tau…

KL Sentral > Padang Besar ... Bestnya Naik ETS!

Image
Assalamualaikum & Yuhuuu!

Selepas penat melalui pengalaman yang sedikit mencabar di KL Sentral seperti yang aku ceritakan dalam entry sebelum ni Overnight @ KL Sentral , akhirnya tibalah pagi yang ditunggu-tunggu. Tak sabarnya nak completekan misi makan-makan hari ni. Hehehe.
Dalam masa yang sama, aku rasa berdebar-debar. Sebabnya, inilah kali pertama aku kena lead travel kali ni. Biasanya, kalau dengan geng-geng travel aku sebelum ni, aku tak adalah risau sangat memandangkan kawan-kawan travel aku tu dah punyai pengalaman mengembara yang pelbagai ke negara orang. Confident level aku berjalan tinggilah sikit sebab rasa terjamin selamat. Kikiki.
Tapi untuk kali ni, aku pulak kena jaga keselamatan ahli-ahli travel aku yang lain. Sebab depa ni kurang sikit pengalaman berbanding aku. It's ok, aku kena tunjuk cool even lutut ada sikit goyang. Hahaha.
Lima belas minit sebelum jam 7.00 pagi, petugas di kaunter KTM yang memakai seragam berwarna kuning terang telah membuat pengumuman k…