Posts

Showing posts from January, 2020

Cabaran 2020, Bersediakah Kita?

Image
Assalamualaikum & Happy New Year 2020... Tahun 2020. Sebut aje 4 angka berkembar tu, pasti ada macam-macam kisah dan pandangan tentang angka tu. Ada yang frust, ada yang sedih, ada yang gembira & tidak kurang tiada rasa apa-apa apabila bercakap tentang angka-angka ajaib tu. Pandangan aku? Mudah. Manusia sekadar boleh merancang, tapi perancangan Allah itu lebih hebat. Aku lebih suka memetik falsafah yang satu ni. Itu hakikat kita sebagai hamba-Nya. Rancanglah sebesar mana, sebanyak mana, se-gah mana. Andai Allah tidak izinkan, maka tiadalah ia. Kun Fa Ya Kun. Aku tak nafikan, seperti mereka semua diluar sana, aku juga punya bayangan yang besar untuk tahun 2020 ketika aku kecil. Dahulu diomongkan 2020 nanti, merupakan era yang penuh dengan kemodenan. Tidak sekadar teknologi, malah juga tamadun & peradaban. Aku menggambarkan sesuatu yang mampu membuatkan rasa takjub muncul dalam jiwa melihat kemodenan teknologi daripada pelbagai segi. Tapi pandangan aku ter