Dunia Artis Zamani Slam 'Living Legend'

Assalamualaikum & evening Uols!

Sebelum aku mulakan coretan kali ini, 1st of all aku nak ucapkan banyak-banyak terima kasih pada mereka-mereka yang terlibat dalam gambar-gambar yang aku sertakan di sini. Semua daripada akaun instagram yang aku dah creditkan bersama dalam gambar-gambar yang dikongsikan ni. Thanks ya, guys!

Gigih aku select gambar-gambar yang terbaik dari ladang buat tidur malam korang tak lena. Saje je aku buat camtu. Nak dera hati korang! Kahkahkah.

Memandangkan sekarang ni masing-masing tengah fenomena Zamani Ibrahim atau lebih famous dengan nama Zamani Slam, aku nak update sikitlah dalam blog aku ni tentang idola pujaan hatiku dalam bidang hiburan semenjak aku dibangku sekolah rendah lagi.

Cantiknya sketch ni!

Aku membesar dengan lagu-lagu Slam & Zamani, tau! Waaah.. lama kan? Agak-agak umur aku ni berapa ye? Ops! Bak kata Tok Ti, Biarlah Rahsia! Hahaha.

Sememangnya aku ni DIE HARD FANS Zamani & Slam ni daripada awal kemunculan Slam lagi. Bukan semenjak Gegar Vaganza je tau. Tak pernah putus minat aku ni.

Dulu masa zaman muda belia dulu, aku tak boleh dengar & nampak langsung info-info tentang Slam terutama Zamani ni. Mana-mana ada poster or majalah yang ada muka depa ni confirm aku beli!

La ni pulak, aku lebih mempraktikkan zaman teknologi di hujung jari. Mana-mana ada video, cerita, gambar Zamani & Slam kat internet confirm aku tengok. Hahaha.

Dah macam artis Hong Kong, Nicholas Tse masa muda-muda dulu.

LEGEND...

Itu gelaran yang diberi oleh para peminatnya dan mereka yang bergiat dalam industri seni muzik tanahair. Dan korang kena tau, Zamani ni peminat dia bukan setakat di Malaysia, malah merata nusantara terutamanya di Indonesia, Singapura, Brunei. Dia setanding dengan penyanyi-penyanyi otai lain seperti Dato' Jamal Abdillah, Dato' M. Nasir, Arwahyarham Saleem IKLIM, Ameng Spring dan lain-lain.

Apa yang menarik dengan Zamani ni? Rata-rata aku yakin orang akan cakap Suara Emas yang dimilikinya. Macamana tu? Senang cerita, kalau kau duduk dekat dalam bilik sedikit tertutup pintu, tanpa tengok TV, kau boleh teka siapa yang tengah nyanyi dekat TV di ruang tamu sekarang ni. Tanpa melihat, hanya dengan mendengar, orang boleh meneka suaranya. Dan bukan setakat meneka, kau boleh terhenti buat kerja & layan skali lagu yang didendangkan. Nampak tak?

Buatlah gaya rambut apa sekalipun tetap kacak!


Suara dia sukar nak digambar dengan kata-kata. Gemersik, halus, tapi jelas & nyata sebutannya. Still suara lelaki, tapi takda garau yang menyakitkan telinga, asyik sangat dengar tiap kali suara dia berkumandang.

So far, aku belum lagi jumpa sesiapa yang boleh mengajuk suara sepertinya lagi. Kalau ada, korang bagitau kat aku, ye.

Satu lagi, dia antara artis yang orang gelar SUARA TELAN KASET. Apa tu? Hahahaa.. Actually Zamani ni sebenarnya gemilang bersama dengan Kumpulan Slam. Vokalis kumpulan Slam. So, zaman tu, tak ada lagi CD, DVD, download. Time tu zaman kaset, bai.

So, apa yang kau dengar dalam kaset, sebijik suara dia sama kalau dia nyanyi Live. Ada jugak dorang cakap suara studio. Kau dengar dia nyanyi Live seolah-olah time tu kau berada di dalam studio rakaman. Memang terpegunlah dengar.

Alahai.. mata tu.. melting!

Aku ikuti perkembangan Zamani ni semenjak awal dia muncul dalam kumpulan Slam. Zamani ni bukan vokalis Slam yang pertama, ye. Zamani muncul bagi menggantikan penyanyi asal kumpulan Slam masa tu masih dikenali sebagai kumpulan Fix. Tapi bila Zamani ni muncul dalam kumpulan Slam, barulah album dirakam semula dengan menggunakan vokal Zamani. Dan album Slam mula meletup kebabom bermula dengan album Kesan Terbukti! Memang dia membawa aura yang tersendiri.

Slam tak pernah berpisah, tapi semenjak 2002, Zamani dah mula buat album solo, Syair Si Pari-pari. Even dia bergerak secara solo, dia masih lagi tak pernah lupakan kumpulan Slam. Lagu-lagu Slam sentiasa didendangkan di mana-mana disamping lagu-lagu single solonya.

Dan apa yang bestnya, kadang-kadang depa ni (Zamani & Slam) bergabung buat concert contoh Konsert Slam Kembali Merindu 2012, Konsert Kurnia Slam 2016, dan ada beberapa lagi konsert yang dibuat bersama dengan kumpulan Slam meskipun ketika itu Zamani telah mula bergerak solo.

Slam selamanya.

Dan aku respek Kumpulan Slam ni, even vokalis dia bergerak solo tapi still tak pernah berpisah. Hubungan depa still rapat ibarat adik-beradik. Bila kecil-kecil berkumpul, bila dah besar masing-masing ada komitmen & keluarga masing-masing namun masih ada masa lagi untuk berkumpul bersama. One Happy Family At Home!

Betapa minat tahap gilanya aku pada kumpulan Slam & Zamani ni sampaikan aku sanggup beli kaset ORIGINAL kumpulan Slam. Harga time tu sekitar RM14.90 - RM19.90. Nampak macam murah kan, tapi pada tahun tu, sekitar 1990an tu, kira mahal beb. Aku cuma berpeluang beli yang original ni bila aku dah start ada duit sendiri. Aku tingkatan 4 dah start keje bila cuti sekolah.

Disebabkan time tu aku belum ada duit sendiri lagi, memang tak ada duit la nak beli yang kaset depa ni. Macam-macam cara aku buat bila nak dengar lagu depa ni. Antaranya rekod. Zaman tu zaman kaset & video tape. Tiap kali lagu depa muncul dalam radio & tv, confirm aku rekod. Itu je cara aku nak dengar. Nak beli tak mampu time tu.

Senyumanmu satu azimat....


Tak cukup dengan tu, boleh pulak aku dok ulang dengar lagu depa semata-mata nak hafal lirik guna telefon. Time tu kaedah dengar lagu guna telefon memang famous. Ada smart phone dah ke? Ehhh.. tahun 90an mana ada smart phone.

Aku guna telefon rumah, beb! Memang zaman jahiliah aku & kurang fikir sikit. Aku tak tau yang dengan tekan kod yang ada kat dalam paper & megazine untuk dengar & tulis lirik lagu-lagu tu buatkan bil telefon rumah aku melambung tinggi! Phew..

Memang kena marah la dengan mak & ayah aku. Time tu kecik lagi. Memang rasa tak bersalah tu lebih dalam diri ni. Hahaha.

Tapi bila fikirkan balik sekarang ni, aku rasa menyesal pulak. Tak terjangkau dek akal aku yang dah baligh ni, apsal la aku boleh buat tindakan sampai macam tu sekali? Maafkanlah anakmu yang jahil waktu tu, mak... ayah...

Awet muda Abang Adek ni.

Oleh sebab asyik dok ulang je dengar lagu depa ni, memang hampir kesemuanya aku hafal lirik & melodinya! Kan bagus, kalau aku boleh hafal Quran semudah aku hafal lagu-lagu depa ni. Tetiba insaf . 😅

Satu lagi aku nak cerita, gilanya aku dengan Zamani ni sampai tahap aku lukis gambar-gambar Zamani dalam bentuk potret. Boleh tahan la lukisan aku tu. Time tu tak silap dalam tingkatan 1. Still jiwa remaja lagi kan. Dia punya puja tu dah serupa apa dah. Malu pulak rasanya.

Mana potret yang aku lukis tu? Dah kena buang dengan mak aku. Dia ingat tu buku tak pakai. Mana taknya, aku lukis guna buku-buku lebihan sekolah aku yang dah tak guna. Hahaha.

Tak cukup dengan tu, ada lagi satu rahsia terbesar dalam hidup aku. Punyalah lama aku simpan rahsia ni, hari ni aku nak buat satu confession. Berani mati betul aku kali ni kan? Kikikikii.

Apa dia? Signature aku (means yang formal), aku dapat ilham daripada nama Zamani, beb! Tapi aku selitkan nama aku di situ. Dahsyat betul, kan. Hahaha.

Kalau nak ceritakan gilanya aku pada manusia bernama Zamani ni, banyak lagi. Tak tercerita rasanya.

Simpan sikit senyum tu untuk ceq sorang bole tak, bang! 😜


Sampai sekarang. Aku masih minat padanya biarlah apa yang terjadi pada masa silamnya. Aku lebih suka mengambil pendekatan positif. Sebabnya setiap insan yang bergelar manusia pasti ada sejarah gelapnya yang tersendiri. We are not perfect, babe!

Oh, ya! Untuk itu, aku ada satu projek penulisan yang ada kaitan sikit dengan Zamani & Slam. Projek tu masih lagi berjalan dan aku usahakan menulis sebaik mungkin agar karya yang terhasil itu setanding dengan lagu-lagu yang terbaik daripada mereka.

Pada penyokong karya aku & juga peminat Zamani juga Slam, nantikanlah ye bingkisan yang aku hasilkan daripada ilham yang dikurniakan Ilahi ini.

Gaya dia... buat hati Kembali Merindu!

Cuma satu je yang aku kesalkan. Even aku minat gila-gila dengan Zamani ni, belum pernah walau sekali aku berjumpa, terjumpa atau seangkatan dengannya.

Jadi, memang tak ada lah gambar yang dapat aku rakamkan dalam lensa kamera aku. 😢

Nak jumpa dengan dia? Ehh.. mestilah nak! Tapi aku ni pemalu orangnya. Pemalu la sangat! Hikhikhik.

Aku tak dapat bayangkan macamana keadaan aku bila dapat jumpa dia. Harap aku berpeluang jumpa idola seni hiburan aku ni, Zamani Slam a.k.a Abang Adek ni suatu hari nanti. Silalah control diri tu nanti ye EH!

Dan harapan aku dapat hadiahkan naskah karya aku nanti buat beliau & ahli kumpulan Slam. 😆

My idol! Living Legend...

Sebelum aku tamatkan bebelan yang tak seberapa ni, nak tak kalau aku belanja sikit teaser daripada salah satu cerpen dalam Projek Penulisan aku tu nanti? Eceeehhh... sempat promote, kan?

Cerpen apa? Tungguuuuuuu.....

Aku akan kongsikan teaser tu dalam celoteh akan datang. InShaa Allah.

Akhir kalam, didoakan moga kesihatan Zamani bertambah baik &  moga Zamani + Slam bertambah success... 😘

Zamani & Slam berpisah tiada. Harap pengurus masing-masing dapat beri komitmen & kerjasama yang baik pada mereka (Zamani & Slam) yang baik-baik ni. Siapa sahaja yang uruskan mereka, uruskan dengan hati yang tulus dan ikhlas, ok! 😚

Baca Juga :

Cerpen EH : Terpukau Seribu Rindu

#terimakasihsudibaca




Comments

Popular posts from this blog

Kembang Semangkuk Petua Orang Lama

KL Sentral > Padang Besar ... Bestnya Naik ETS!

Resepi : Cucur Badak Lembut dan Sedap