Posts

Showing posts from June, 2018

Resepi Manisan Mangga & Kuini Cincang

Image
Assalamualaikum & Hai...hai...hai semua! Syawal ke-7. Telah seminggu umat Islam menyambut lebaran. Belum terlambat rasanya lagi untuk aku ucapkan Selamat Hari raya Aidilfitri & Maaf Zahir Batin kepada semua umat Islam seluruh dunia yang menyambut hari lebaran ini. Dah nama pun raya, mesti pelbagai menu raya yang dihidangkan, betul tak? Ketupat, rendang, kuah kacang, antara menu yang wajib ada dalam setiap rumah. Jarang beraya rumah orang takde menu-menu tu pada raya pertama. Aku tak nak cakap banyak tentang menu utama raya tu, yang aku nak cerita ni tentang manisan atau bahasa omputihnya depa sebut dessert . Selain kuih raya, kek, puding, agar-agar, mungkin ada pelbagai lagi manisan pencuci mulut yang disediakan tuan rumah buat dijamu oleh tetamu yang datang berziarah. Manisan Mangga & Kuini Cincang Pernah nampak tak manisan kat atas tu? Pernah makan tak? Actually aku kurang pasti daripada mana asal manisan ni, tapi mak aku memang rajin buat

Cerpen Raya EH : Lemang Jagung Laut Hindi

Image
Assalamualaikum & selamat pagi to all readers... Nak baca cerpen raya tak? Sempena hari baik bulan baik ni, aku nak kongsi cerpen baru yang aku tulis khas untuk bulan Ramadhan & Syawal yang akan menjelma tidak lama lagi. Jarang aku kongsi cerpen untuk bacaan semua. Biasa aku buat koleksi sendiri untuk dikumpulkan. Kot-kot boleh buat antologi cerpen-cerpan karya aku ke kan. Untuk kali ni aku kongsi buat semua pembaca kat luar sana. Cuma aku akan buat part by part. So rajin-rajin ye tengok-tengok update terbaru dalam ni. Selamat berpuasa semua & happy reading. 😄 LEMANG JAGUNG LAUT HINDI OLEH EZZAN HAQIS “Assalamualaikum... Mak...” “Waalaikumussalam... Awa? Salwa ke ni?” Jeda. Salwa menelan liur. Perit. Suaranya seakan hilang. Bicara lembut itu begitu menggoncang jiwanya yang sarat dengan pelbagai rasa. Dia hilang arah. Segala apa kata-kata yang telah dirancang sebelum ini bagaikan terbang. Berlalu pergi daripada kotak fikirannya. bagaikan semilir angin