Tips Diet 1 - MENIMBANG BERAT BADAN
Assalamualaikum & Salam Sejahtera Readers.. 😍😍
Aku telah berjaya melepasi hari ke-5 sebagai Atkiners. Yeayy!! Dan yang paling aku gembira bila angka kat jarum penimbang tu dah turun sebanyak 2.5 kg. Even nilai tu tak banyak mana tapi bagi aku dah seronok sangat dah ni. Turun 2.5kg dalam masa 5 hari bai! Mau tak syok... Rasa nak lompat setinggi langit!
Sekurang-kurangnya berjaya jugak angka kat mesin penimbang tu turun kan.. Tidak, sebelum ni mencanak-canak wei naiknya. Risau pulak aku. Laju nau-nau lemak-lemak ni membiak. Hahaha.
Jenis Penimbang Berat Badan (Weigh Scale)
Dekat pasaran banyak jenis penimbang yang dijual, sama ada jenis analog (yang manual biasa, ada jarum penimbang) atau digital (yang display angka sahaja). Dan aku ada dua-dua sekali. Analog tu aku beli time belum cukup modal lagi nak beli yang digital. Pakai aje la dulu kan. Maklumlah harga digital 2 kali ganda dari analog.
Mana satu yang best? Kalau ikut aku, aku lebih suka yang digital. Lebih senang nak sukat berat badan. So kalau ada modal lebih, belilah yang digital, kalau takde, analog pun ok dah. Jangan ikut orang ye. Kita kena ukur baju dibadan sendiri dulu.
Cara Menimbang Berat Badan Paling Berkesan
Kalau ikutkan tak digalakkan timbang tiap-tiap hari sebab nanti akan mempengaruhi keputusan kita untuk terus berdiet sebab ikut logik, setiap hari penurunan berat badan memang tak nampak. Lagi-lagi kalau korang pakai penimbang jenis analog tu. Hadap je la jarum yang macam tak bergerak.
Ye la, cuba bandingkan kes aku ni, kalau ikutkan dari 2.5kg tu, bermaksud purata aku dapat turunkan berat badan cuma 0.5kg je.. 0.5kg? Maksudnya 500 gram je. Sikit kot.. Ibarat korang pegang tepung gandum sekilo, tu pun rasa ringan je kan. Ni 500 gram..? Penat je ikut menu diet sepanjang hari. Turunnye 500 gram je? Choiii!
Haaa.. tu pasal la jangan timbang tiap-tiap hari. Sikit-sikit nak timbang. Lepas makan timbang. Lepas minum timbang. Dok 24 jam ngadap mesin penimbang tu. Yang tu memang salah. Kalau cenggitu je kerjanya, memang tak lah korang nak tengok angka penimbang tu turun banyak. Stress ooo...Silap-silap korang nanti down. Last-last nanti mana-mana yang jenis iman diet tu tak kuat, dan dan call 1-300-88-2525 (baca sambil nyanyi lagu dalam iklan Pizza Hut). Memang 'Hut'broken sungguh la lagu tu. Miahahaha...
That's why korang kena kumpul kekuatan untuk menjadi seorang yang sangat sabar. Tunggu seminggu ke, or kalau tahap kesabaran yang kurang macam aku ni, boleh lah timbang hari ke-5. See.. baru nampak angka tu menurun. Masa tu korang boleh tersenyum lebar. Means mission korang dah berjaya. Ye dak?
Satu lagi, aku nak bagi tau untuk tips menimbang berat badan ni, pastikan korang hanya guna penimbang yang sama. Ingat ye sayang-sayang semua (ehhh.. dah macam Dato' Vida plak), penimbang tu cuma objek. Dan setiap penimbang ada ralat-ralatnya yang tersendiri. Tak sama. Sungguh! Tak percaya korang boleh try sendiri nanti.
Lagi-lagi kalau mula-mula korang timbang guna yang analog tu, then tiba-tiba tukar pulak timbang guna digital. Digital ni memang sensitif, setiap miligram pun dikira. Tengok-tengok angka naik. Pastu mulalah membebel cakap berat tak turun walaupun dah diet. Then korang band kaedah-kaedah diet tu cakap menipu, tak berkesan la bagai. Hello kawan.. jangan salahkan kaedah diet. Tengok apa yang tak betul yang dah dibuat. Jangan pulak korang tak tahu menari, dikatakan lantai jongkang-jongket, hokey!
Dan korang kena ingat jugak, ada sampai satu tahap nanti, berat badan korang statik macam tu je tak naik, tak turun. Or macam siput turunnya. Tapi dah pakai penimbang yang betul, diet pun dah buat betul-betul, bersenam bagai. Haa.. time ni korang jangan risau. Time ni la sebenarnya yang aku suka dan aku tunggu-tunggu. Sebab time ni, 'inch loss' akan memainkan peranan pulak. Kisah 'inch loss' atau pengurangan ukur lilit badan ni nanti aku akan terangkan dengan lebih detail dalam treat yang akan datang. InShaa Allah.
Waktu bila pulak paling 'afdhal' nak timbang berat badan? Disarankan untuk korang timbang waktu pagi, lepas bangun dari tidur. Nak lagi cantik lepas buang air. Sebab time tu, badan dah cukup rehat tanpa apa-apa aktiviti. Dan tiada kandungan air berlebihan dari proses perkumuhan sepanjang waktu tidur. Untuk pengetahuan juga, masa tidur pun, lemak boleh terbakar tau! So dapatkan tidur yang cukup.
Bagi kaum wanita, time haid patut sangat untuk korang elakkan timbang berat badan tu. Sebab time tu semua tak stabil. Berat badan tak stabil (badan menyimpan air yang banyak time ni), metabolisme tak stabil (meta sangat rendah time ni dan penurunan berat badan amat sedikit atau tiada langsung malah naik sikit), emosi pun tak stabil (korang akan bertambah stress lagi-lagi bila timbang tengok naik. Tak baik untuk kesihatan ok..)
Kalau boleh, cuba timbang time yang sama, bukan apa, mudah untuk kita mengira jumlah kilo yang dah turun tu. Pakai pakaian yang paling minima dan ringan time nak timbang tu lagi bagus.
Duduk letak penimbang tu penting. Pastikan alat penimbang diletak pada tempat yang rata, tidak berlekuk-lekuk atau sama level lantai. Semua faktor ni mempengaruhi keputusan menimbang.
Kesimpulan Tips Menimbang EH!
Harap boleh beri manfaat perkongsian aku ni. Aku memang suka kongsi ilmu yang aku ada ni. Sebab aku dulu pun macam korang jugak. Banyak tak tahu dan rasa ingin tahu tu lebih. So memang banyak aku cari bahan-bahan bacaan dan info serta berguru dengan yang pakar. Sampai sekarang, aku masih lagi mencari-cari ilmu. Ilmu itu luas dan tiada penghujung. Dan paling penting, amalkan. Ilmu tanpa amal tu sia-sia.
#terimakasihsudisinggah

Penimbang Analog |
Penimbang Digital |

- Gunakan penimbang yang sesuai.
- Letak penimbang di tempat rata.
- Elakkan menimbang setiap hari. 7 hari sekali ok dah.
- Pastikan menggunakan timbang yang sama.
- Pakai pakaian yang ringan & paling minima.
- Timbang pada waktu pagi selepas bangun dari tidur.
- Elakkan menimbang ketika haid (bagi wanita).
Harap boleh beri manfaat perkongsian aku ni. Aku memang suka kongsi ilmu yang aku ada ni. Sebab aku dulu pun macam korang jugak. Banyak tak tahu dan rasa ingin tahu tu lebih. So memang banyak aku cari bahan-bahan bacaan dan info serta berguru dengan yang pakar. Sampai sekarang, aku masih lagi mencari-cari ilmu. Ilmu itu luas dan tiada penghujung. Dan paling penting, amalkan. Ilmu tanpa amal tu sia-sia.
#terimakasihsudisinggah
Comments
Post a Comment