JJCM : Masak Lomak Cili Api @ Warung Salai Port Dickson

Assalamualaikum & Hi guys!

Minggu lepas, aku berkesempatan jenjalan dengan family aku ke Port Dickson. Lama sungguh tak pi sana. Memandangkan misi kami hangout ni memang nak santai-santai, so kami sepakat nak explore masakan terbaik kat Port Dickson ni. 

Google punya google, ternampak la satu tempat ni. Warung Salai nama tempat tu. Alamat? Nanti aku share dalam gambar alamat tempat tu ye. Korang tengok je la gambar-gambar ni nanti. 

Antara menu kat Warung Salai

Nama dia je warung. Tapi sebenarnya restoran yang terletak dekat kawasan shop lot. So far memang senang la nak jumpa. Korang waze je Warung Salai Port Dickson, confirm 'you have reach your destination'. Hehehe.

Alamat Warung Salai


Apa istimewanya tempat ni? Memang famous masakan Negeri Sembilan. Nama pun salai, dah tentulah power tang salai masak lomak cili api. Cakap je nak salai apa, itik, ayam, daging, burung puyuh, ikan keli, semua ada. Masak lemak cili api dia memang terbaik. Cukup lomak, cukup pokat & raso eh, sangat umph! 

Selain masak lemak, ada juga menu lain macam aneka asam pedas, aneka seafood bakar, ayam goreng dan macam-macam menu lain. 

Minuman yang dihidangkan juga pelbagai. Dari air biasa, jus hinggalah blanded. Pilih aje yang mana satu idaman kalbu.

Harga? Pada aku ok je harga dia. Not bad. Masih boleh diterima, kena pada rasa & servis yang diberi. Cepat. Sekejap dah terhidang depan mata.

Boleh juga search di Facebook

Waktu operasi setiap hari bermula jam 10.30 pagi hingga 6.30 petang. Cumanya, staff yang bekerja di sini terdiri daripada staff OKU, so agak sedikit bising la. Cuma aku bagitau awal-awal coz takut korang terkejut pulak kenapa jerit-jerit. 

Tapi, pada aku tak kisah pun tentang tu semua sebab staff dia baik-baik. Kenapa aku cakap camtu? Sebabnya masa kami kat situ, ada insiden sikit. Anak buah aku usia 4 tahun boleh pulak terpegang mangkuk panas. Kami tak sempat nak halang, dia dah terpegang. Laju tangan anak buah aku tu dok capai. Haduu.. (Bukan salah staff, salah kami sebab lalai). Tapi bagusnya staff depa cepat-cepat bagi colgate letak kat jari dia sikit untuk sementara waktu lepas lalukan dengan air paip banyak. Kira ok la bagi lega sikit. Aku puji sikap staff depa ni. Terima kasih eh.

Sempat la bergambar kenangan kat Warung Salai Port Dickson ni.

So kalau datang ke Port Dickson ni, bolehlah try menu kat sini. Aku paling suka tagline kedai ni. Haa.. ni den dah kabokan kek kengkawan dah ni. Lepas ni datang mana tau bole dapat diskaun sikit ke kan. Review baik punya ni. Hehehe.

Sempoi tagline deme


#terimakasihsudisinggah

Comments

  1. Walaupun ksarie orang PD, tak pernah tau pun kewujudan restoran ni. Nanti balik PD melawat kawasan boleh la ksarie mencuba masak lomak cili api salai kat sini. Thank for the info

    ReplyDelete
  2. Hehehee.. silalah cuba kak Sarie... boleh tahan juga rasanya. Terutama masak lemak cili api.

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Menu Diet Atkins - Day 3

Kembang Semangkuk Petua Orang Lama

KL Sentral > Padang Besar ... Bestnya Naik ETS!