Resepi Manisan Mangga & Kuini Cincang

Assalamualaikum & Hai...hai...hai semua!

Syawal ke-7. Telah seminggu umat Islam menyambut lebaran. Belum terlambat rasanya lagi untuk aku ucapkan Selamat Hari raya Aidilfitri & Maaf Zahir Batin kepada semua umat Islam seluruh dunia yang menyambut hari lebaran ini.

Dah nama pun raya, mesti pelbagai menu raya yang dihidangkan, betul tak? Ketupat, rendang, kuah kacang, antara menu yang wajib ada dalam setiap rumah. Jarang beraya rumah orang takde menu-menu tu pada raya pertama.

Aku tak nak cakap banyak tentang menu utama raya tu, yang aku nak cerita ni tentang manisan atau bahasa omputihnya depa sebut dessert. Selain kuih raya, kek, puding, agar-agar, mungkin ada pelbagai lagi manisan pencuci mulut yang disediakan tuan rumah buat dijamu oleh tetamu yang datang berziarah.

Manisan Mangga & Kuini Cincang

Pernah nampak tak manisan kat atas tu? Pernah makan tak? Actually aku kurang pasti daripada mana asal manisan ni, tapi mak aku memang rajin buat kalau cukup bahan-bahannya. Bahan utama mangga dan kalau nak bau naik, letak kuini. Memang terangkat! 

Sempat jugak aku google nak tengok nama resepi ni sebab family aku cuma panggil mangga cincang je. Oh! Aku ada jumpa, ada yang panggil serawa kuini. Tengok lebih kurang sama resepinya. Cuma aku lebih suka guna gula merah @ gula perang berbanding gula putih. Nampak lebih menyelerakan. Yummy!

Memandangkan dekat rumah ni ada stok mangga dan kebetulan pulak, sepupu daripada Melaka bagi seplastik kuini yang sangat sedap & manis ya amat, apa lagi.... aku mintak lah mak aku buatkan manisan mangga & kuini cincang ni. Kenapa mak yang buatkan? Sebab aku rasa air tangan mak aku lagi sedap! Hahahahaaa.. Alaaaa... time aku balik ni lah aku nak rasa air tangan mak. Aku masak dah biasa rasa. Boring dah. Masakan mak ni bila aku balik rumah mak je pun dapat rasa.

Nak resepi? Ok check it out


RESEPI MANISAN MANGGA & KUINI CINCANG @ SERAWA KUINI :


Bahan-bahan :

3 biji mangga pisang
3 biji mangga lily
4 biji kuini
Susu Cair (3/4 tin @ ikut kepekatan kuah) (Susu cair boleh juga digantikan dengan santan ikut selera masing-masing)
Gula perang (agak-agak ikut manis)
Garam secukup rasa
Ketulan Ais secukupnya

Nota : 
- Kuantiti & jenis mangga & kuini tak kisah apa-apa. Yang penting mangga masak yang manis.
- Kuantiti di atas cukup untuk makan 1 family (6 orang - boleh makan bertambah-tambah). Aku rasa untuk 10-15 orang pun boleh ni sekali makan.

Cara-cara :

1. Cincang atau racik mangga & kuini. Tidak terlalu halus, tidak terlalu kasar. Sedang-sedang aja.

Mangga & Kuini dicincang

2. Letakkan sedikit garam. Sukatan lebih kirang 1 sudu KFC yang kecil, warna putih tu  (sikit je, just untuk manis gula tu naik lemaknya.)

Garam secukupnya

3. Masukkan gula perang (ni agak-agak ikut kemanisan - sorry, tak sukat pulak)


Masukkan gula perang

4. Tuang susu cair. Agak-agak berkuah. Jangan cair sangat. Sedang elok je macam gambar kat bawah ni.
Tuang susu cair




Sukatan susu cair lebih kurang camni.

5. Gaul rata.

Sebatikan bahan


6. Sejukkan ke dalam peti sejuk atau sedia dihidang bersama ketulan ais. Super yummy!
Siap!

Cubalah rasai dessert yang super sedap ni. Dessert yang paling senang dibuat. Bak kata chef, campak-campak aje, dah siap... Tak cukup secawan uols! Lupakan sekejap pasal diet kalau nak makan ni. Lepas dah puas barulah fikir pasal diet. Hahahahaa.. 

Actually aku tak sukat pon bahan-bahan ni, aku pakai campak-campak aje. So kena pandailah sukat manis, masin, kepekatannya. Untuk dapat rasa yang seimbang. Aku tak pandai sebenarnya nak sukat ni sebab dah biasa buat. Aku tengok mak aku pun tak sukat, so orang cakap resepi turun temurun la.. Tengok dan rasa sendiri. Selamat mencuba!

#terimakasihsudisinggah

Comments

Popular posts from this blog

Kembang Semangkuk Petua Orang Lama

KL Sentral > Padang Besar ... Bestnya Naik ETS!

Resepi : Cucur Badak Lembut dan Sedap